Close

Honor X40 GT dilancarkan dengan Snapdragon 888 dan paparan 144Hz – Harga bermula dari RM1,362


Honor sedia menawarkan kemas kini model Honor X40 dengan melancarkan Honor X40 GT. Peranti ini memfokuskan kepada permainan mudah alih yang digabungkan dengan pelbagai ciri permainan.



Honor X40 GT dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.81-inci IPS FHD+ dengan paparan 144Hz. Turut menyokong touch sampling rate pada 480Hz bersama sistem penyejuk grafit 8 lapisan.



Dikuasakan dengan cip Snapdragon 888 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri sebesar 4800mAh dan pengecasan pantas 66W. Menjalankan sistem operasi Magic UI 6.1 berasaskan Android 12 dan terdapat pengimbas cap jari pada butang kuasa.



Melengkapkan peranti ini, ia hadir dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 2MP makro + 2MP kedalaman. Manakala untuk swaforo ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.



Honor X40 GT ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Silver dan Racing Black. Dijual pada tanda harga RM1,362 ($290) untuk 8GB+256GB dan RM1,560 ($332) untuk 12GB+256GB. Buat masa ini, peranti ini hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN