Close

Honor X6 ditawarkan di Malaysia dengan harga RM599

Honor kini sedia untuk menawarkan satu lagi siri X baharu iaitu Honor X6 untuk pasaran tempatan. Merupakan peranti kelas permulaan yang hadir dengan spesifikasi terbaik dalam kelasnya.

Dari segi spesifikasi, Honor X6 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.5-inci TFT LCD HD+. Dikuasakan dengan ciop MediaTek Helio G25 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalam 128GB.

Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan berwayar 10W. Melengkapkannya, ia hadir dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman + 2MP makro. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 5MP.

Di Malaysia, Honor X6 ditawarkan dengan harga RM599 bersama dua pilihan warna iaitu Ocean Blue dan Titanium Silver. Peranti ini akan mula dijual pada 7 Oktober ini melalui kedai atas talian Honor Malaysia di Lazada dan Shopee atau di semua pengedar rasmi Honor.

ARTIKEL BERKAITAN