Close

Huawei Mate 50 dijangka akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi

Huawei dijangka akan menawarkan peranti premium mereka iaitu Huawei Mate 50 untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.


Perkara tersebut disahkan melalui Facebook rasmi mereka, dalam masa yang sama turut menawarkan peluang kepada pengguna untuk menjadi yang terawal mencuba dan menguji Huawei Mate 50 di beberapa lokasi Huawei Experience Store.

Huawei Mate 50 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri 4460mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Perkara yang menjadi tumpuan pada Huawei Mate 50 adalah ia kini menggunakan sistem pengimejan XMAGE yang dibangunkan sendiri oleh Huawei dengan sistem tri-kamera 50MP utama + 13MP ultra lebar + 12MP telefoto. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP.

Buat masa ini, Huawei tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai hari pelancarannya. Kami menjangkakan ia mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat iaitu sekitar Oktober atau November 2022. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN