Huawei menjadualkan acara pelancaran siri Huawei Mate 50 pada 3 November ini - FUZZ.MY

Saturday, October 29, 2022

Huawei menjadualkan acara pelancaran siri Huawei Mate 50 pada 3 November ini


Huawei kini sedia untuk menawarkan barisan peranti premium mereka untuk pasaran tempatan iaitu siri Huawei Mate 50. Melaluinya, ia tampil dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk. Ia juga merupakan peranti Huawei pertama hadir dengan sistem kamera XMAGE.



Huawei Mate 50 hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci OLED FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4460mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W, 50W tanpa wayar dan reverse wireless charge 7.5W.


Dari segi fotografi, ia menggunakan sistem tri-kamera dengan sensor utama dari Huawei iaitu XMAGE dengan sistem bukaan boleh diubah dari f/1.4 ke f/4.0. Dilengkapi dengan 50MP OIS sudut lebar + 13MP ultra sudut lebar + 12MP OIS telefoto. Manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor 13MP.




Sementara, Huawei Mate 50 Pro ia hadir dengan skrin bersaiz 6.74-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4700mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W, 50W tanpa wayar dan reverse wireless charge 7.5W.


Turut menggunakan sistem tri-kamera dengan sensor utama XMAGE, dilengkapi dengan 50MP OIS sudut lebar + 13MP ultra sudut lebar + 64MP telefoto OIS. Sensor utama 50MP turut menyokong sistem bukaan yang boleh diubah dari f/1.4 ke f/4.0. Manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor 13MP.

Bercakap mengenai acara pelancarannya, Huawei telahpun menjadualkan acara tersebut pada 3 November 2022. Walaubagaimanapun, maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan siri Huawei Mate 50 masih lagi belum didedahkan. 


Namun begitu, bagi yang berminat, anda kini boleh melakukan pra-tempah peranti ini dengan hanya RM1 dan berpeluang untuk menang hadiah misteri. Pra-tempahan ini telah dibuka dari 20 Oktober sehingga 2 November ini.