Close

iOS 16.1 dan iPadOS 16 kini tersedia untuk pengguna di Malaysia


Berita gembira buat pengguna iPhone dan iPad di Malaysia, Apple telahpun melepaskan kemas kini baharu iaitu iOS 16.1 dan iPadOS 16. Yang mana ia sudahpun tersedia untuk dimuat turun oleh semua pengguna di Malaysia.


Melalui kemas kini iOS16.1, pengguna juga kini boleh menggunakan fungsi Apple Fitness+ tanpa perlu Apple Watch. Sementara, fungsi iCloud Share Photo Library membolehkan gambar yang diambil akan dikongsi secara terus kepada ahli keluarga secara automatik. Ia juga boleh disimpan kedalam folder khas untuk tujuan perkongsian.


 Selain itu, iOS 16.1 juga hadir dengan pelbagai fungsi baharu antaranya adalah seperti Live Activities, Matter support, Battery icon baharu, Wallet key sharing dan banyak lagi. Kemas kini ini juga menyelesaikan beberapa masalah pepijat yang dihadapi sebelum ini.



Untuk kemas kini iPadOS 16, ia juga membawakan pelbagai fungsi baharu antaranya adalah Stage Manager, fungsi ini memfokuskan kepada keupayaan multi-tugas yang membolehkan pengguna mengatur aplikasi berbilang tertingkap serta menetapkan saiz tetingkap. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya tersedia untuk model iPad Pro dan iPad Air terpilih sahaja.


Fungsi lain yang turut dibawakan pada iPadOS 16 adalah seperti Desktop Class apps, iCloud Shared Photo Library, Weather app, dan banyak lagi.


Pengguna yang ingin melakukan kemas kini, anda disarankan untuk melakukan proses backup terlebih dahulu. Selain itu, pastikan sambungan Wi-Fi dalam keadaan baik dan peranti tidak menggunakan sebarang perkakasan dari pihak ketiga bagi mengelakkan sebarang masalah selepas kemaskini.

ARTIKEL BERKAITAN