iPhone 15 dilaporkan akan hadir tanpa butang fizikal - FUZZ.MY

Monday, October 31, 2022

iPhone 15 dilaporkan akan hadir tanpa butang fizikal

Terkini, menurut Ming Chi-Kuo. Apple dilaporkan akan hadir tanpa butang fizikal pada iPhone 15. Ketiadaan butang fizikal tersebut akan diganti dengan sensor Touch ID seperti mana pada iPhone 7. 

Ia membawa maksud, kedua-dua butang iaitu butang kuasa dan butang kuasa akan digantikan dengan sensor Hapic yang akan memberikan tindak balas seperti Force Touch apabila disentuh. Untuk memberikan tindak balas Force Touch itu, Apple akan meletakkan dua motor taptic engine pada setiap butang.

Walaubagaimanapun, butang baharu ini dikatakan hanya tersedia pada iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max, sementara untuk versi standard kekal dengan menggunakan butang fizikal seperti pada model sebelumnya.


Menariknya, Ming Chi-Kuo turut meramalkan yang pengeluar Android akan turut menggunakan butang baharu ini pada model premium mereka.