Close

iPhone 15 Pro dijangka akan hadir dengan 8GB RAM

Biarpun, siri iPhone 14 baharu sahaja dilancarkan pada bulan lalu. Namun, telah ada laporan awal mengenai spesifikasi siri iPhone 15.

Menurut TrendForce, Apple masih lagi akan menawarkan empat varian pada iPhone 15 dan masih lagi hadir dengan dua cip pemprosesan yang berbeza seperti mana siri iPhone 14. Bermakna, untuk iPhone 15 versi biasa ia akan hadir dengan cip A16 Bionic.

Manakala untuk versi Pro, Apple dijangka akan membawakan peningkatan spesifikasi yang lebih baik, yang mana ia dijangka akan hadir dengan kapasiti RAM yang lebih tinggi iaitu 8GB RAM dan akan dipadankan bersama cip A17 Bionic. Di samping itu, Apple juga dilaporkan akan turut menaik taraf keupayaan kamera utama.

Walaubagaimanapun, laporan mengenai siri iPhone 15 masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan. Namun begitu, kami tidak menyangkal dan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai siri iPhone 15 dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN