Close

iPhone 6 kini disenaraikan sebagai produk vintaj

Apple baru-baru ini telah menyenaraikan iPhone 6 sebagai produk vintaj. Yang mana, peranti tersebut telahpun dilancarkan pada 8 tahun lalu iaitu pada 2014.

Pada siri iPhone 6, Apple buat pertama kalinya hadir dengan varian baharu iaitu “Plus” yang membawakan reka bentuk lebih baharu dengan menggunakan bingkai jenis melengkung,

iPhone 6 pernah dihentikan penjualannya selepas pelancaran iPhone 7 pada 2016. Namun, diperkenalkan semula oleh Apple sebagai iPhone versi mampu milik di beberapa buah negara pada 2017.

Selain itu, iPhone 6 merupakan model pertama yang hadir dengan sistem pembayaran Apple Pay, membolehkan pengguna menyimpan kad kredit dan kad debit pada aplikasi Wallet.

Setiap produk yang dikeluarkan oleh Apple akan disenaraikan sebagai produk vintaj apabila produk tersebut dihentikan pengedaran untuk jualan lebih daripada lima tahun dan kurang daripada tujuh tahun.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN