Close

iPhone SE 4 dijangka hadir dengan rekaan skrin jenis bertakuk


iPhone SE generasi keempat dijangka akan dilancarkan pada 2024.
Biarpun masih terlalu awal untuk diperkatakan, namun terdapat beberapa laporan awal telah tertiris mengenainya.

Menurut dari beberapa laporan, iPhone SE 4 dijangka akan hadir dengan skrin bersaiz 6.1-inci jenis bertakuk. Dari segi rekaan pula, ia dijangka akan menggunakan semula rekaan iPhone XR.


Biarpun mengunakan rekaan iPhone XR, ia dilaporkan tidak akan hadir dengan fungsi Face ID sebaliknya akan menggunakan fungsi Touch ID, yang diletakkan pada butang kuasa seperti mana pada iPad Air dan iPad mini.

Kerana ketiadaan fungsi Face ID, takuk pada iPhone SE 4 dijangka akan menjadi lebih nipis disebabkan tiada komponen kamera TrueDepth.

Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk dipastikan. Mungkin akan ada perubahan dari masa ke semasa mengenai iPhone SE 4.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN