Close

Jualan iPhone 14 Plus dilaporkan lebih teruk dari jangkaan

Jualan iPhone 14 Plus dilaporkan lebih teruk dari jangkaan biarpun kurang dari seminggu penjualannya di pasaran.

Menurut DigiTimes, jualan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus tidak memberangsang adalah disebabkan kebanyakkan pengguna cenderung untuk membeli iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max. Yang mana pada iPhone 14 Pro ia menawarkan peningkatan yang ketara dari segi spesifikasi dan kemampuan kamera.
Biarpun terdapat perbezaan dari segi prestasi jualan di antara model Pro dan bukan Pro pada tahun ini. Namun, jumlah penghantaran bagi model bukan Pro dilihat sama seperti mana iPhone 13 pada separuh kedua 2021.
Sekiranya penjualan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus terus berada di tahap yang sama dalam masa terdekat. Apple dijangka akan mengurangkan penghantaran dan permintaan stok pada separuh kedua bulan Oktober.

Dengan permintaan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus yang tidak menepati jangkaan Apple. Apple mungkin akan mengubah strategi pembahagian produk dengan menghasilkan lebih banyak iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang dilihat mendapat permintaan yang tinggi buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN