Close

Kandungan 2160p di YouTube hanya akan tersedia untuk pelanggan berbayar

Jika sebelum ini YouTube dilaporkan sedang menguji untuk memaparkan lima iklan secara berturutan. Terkini, terdapat laporan mengatakan YouTube bakal mengehadkan kandungan resolusi tinggi hanya untuk pelanggan berbayar.


Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh u/Ihatesmokealarms di Reddit, memperlihatkan pilihan untuk menonton dengan resolusi 2160p terhad kepada pengguna YouTube Premium sahaja. Selain itu, terdapat juga beberapa pengguna lain yang menyatakan perkara yang sama.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, YouTube tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenainya. Fungsi ini mungkin masih lagi dalam fasa percubaan sebelum ia dilaksanakan untuk semua pengguna.
Di Malaysia, langganan untuk YouTube Premium adalah berharga RM17.90/bulan individu, RM26.90/bulan keluarga dan RM10.90/bulan untuk pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN