Close

Kapasiti bateri AirPods Pro 2 didedahkan

Apple tidak pernah mendedahkan maklumat mengenai kapasiti bateri peranti mereka termasuklah AirPods Pro 2. 

Namun begitu, melalui maklumat yang diperolehi dari pensijilan 3C telah mendedahkan kapasiti bateri yang digunakan pada AirPods Pro 2.


Menurut maklumat tersebut, kapasiti bateri pada AirPods Pro 2 meningkat sebanyak 4mAh menjadikan ia 523mAh, manakala kapasiti bateri pada setiap AirPods Pro 2 juga meningkat sebanyak 15% iaitu 49.7 mAh berbanding 43.24 mAh pada model sebelumnya.

Apple mendakwa AirPods Pro 2 mampu bertahan sehingga 6 jam dengan mod ANC diaktifkan untuk sekali pengecasan dan sehingga 30 jam dengan sarung pengecas. Di Malaysia, AirPods Pro 2 dijual pada tanda harga RM1,099.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN