Kereta Elektrik pertama dari Sony dijangka akan mula dijual pada 2026 - FUZZ.MY

Friday, October 14, 2022

Kereta Elektrik pertama dari Sony dijangka akan mula dijual pada 2026


Kereta elektrik pertama dari Sony dijangka akan mula dijual seawal 2026. Yang mana, kereta elektrik ini akan dihasilkan dengan kerjasama dari Honda melalui Sony Honda Mobility (SHM).


Seiring dengan pengumuman itu, SHM menyasarkan Amerika Syarikat sebagai pasaran pertama untuk penjualan kereta elektrik tersebut yang akan tersedia pada awal tahun 2026. Sementara untuk pasaran Jepun ia dijangka akan hadir pada lewat tahun 2026.


Kereta elektrik pertama dari SHM dijangka akan ditawarkan dengan harga premium yang dilihat selaras dengan nilai tambah produk. Sistem perisian kenderaan ini akan ditala oleh Sony, manakala pembuatan akan diterajui oleh Honda.


Buat masa ini tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai kenderaan tersebut. Namun, pra-tempahan untuk kereta elektrik pertama dari SHM dijangka akan dibuka pada awal 2025.


(Sumber)