Close

Kotak bungkusan Xiaomi 12T tertiris sebelum pelancaran

Xiaomi telah menjadualkan acara pelancaran global bagi siri Xiaomi 12T pada 4 Oktober ini. Beberapa spesifikasi awal telahpun didedahkan seperti reka bentuk, cip yang digunakan dan juga sensor kamera utama.



Terbaru, perkongsian dari Sudhanshu Ambhore melalui Twitter beliau telah memperlihatkan kotak pembelian rasmi bagi Xiaomi 12T.



Berdasarkan imej yang dikongsi, telah mengesahkan beberapa maklumat seperti ia akan dimuatkan dengan pengecas 120W, kabel USB-C, sarung pelindung, kad warranti, pin SIM, maklumat keselamatan dan juga buku panduan. 


Imej tersebut juga memperlihatkan Xiaomi 12T akan hadir dalam piihan warna biru, kamera utama 108MP dan ditawarkan dalam varian 8GB+128GB.


Xiaomi 12T dan 12T Pro dijangka hadir dengan reka bentuk yang sama, tetapi dibezakan dengan cip dan juga sensor kamera utama. Di mana Xiaomi 12T akan dijana dengan Dimensity 8100 Ultra dan kamera utama 108MP sementara Xiaomi 12T Pro akan dijana dengan Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera utama 200MP.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN