Close

Lamborghini Urus S 2022 diperkenalkan – Enjin 4.0L V8 dengan kuasa 666 PS berharga sekitar RM889k


Automobili Lamborghini memperkenalkan model Super SUV baharu iaitu Urus S 2022,
sekaligus menggantikan model sedia ada iaitu Urus yang dilancarkan pada 2017.



Melaluinya, Urus S menawarkan beberapa peningkatan dari segi prestasi dan juga penampilan yang lebih mewah. 



Dari segi reka bentuk, Urus S membawakan beberapa perubahan seperti bampar hadapan baharu dengan rekaan mendatar yang menggantikan rekaan honey comb pada model sebelumnya. Selain itu, ia juga hadir dengan beberapa kemasan gentian karbon pada bonet hadapan dan juga pada bumbung.



Pada bahagian belakang ia turut membawakan rekaan bampar baharu dengan rekaan ekzos berkembar dengan kemasan brushed steel dengan tiga pilihan warna iaitu hitam pekat, berkilat atau krom.



Dari segi prestasi, Urus S mampu menghasilkan kuasa 666 PS kuasa dan tork 850 Nm dari 2,300 hingga 6,000 rpm yang dihasilkan dari enjin 4.0 liter turbo-berkembar V8 yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan.



Urus S mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 3.5 saat, 0 ke 200 km/j dalam hanya 12.5 saat dengan kelajuan maksimum mencecah sehingga 305 km/j. 



Untuk harga jualan, Lamborghini Urus S akan dijual pada tanda harga sekitar RM889k. Model ini akan menyertai barisan Super SUV Lamborghini yang dibarisi Urus Perfomante yang dilancarkan pada baru-baru ini.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN