Close

Maxis dan U Mobile setuju untuk menawarkan rangkaian 5G


Sebelum ini, empat syarikat telekomunikasi telahpun memeterai perjanjian pembelian saham yang membabitkan 65% pegangan ekuiti dalam DNB. Empat syarikat tersebut adalah Digi, Celcom, TM dan juga YES.


Terbaru, Maxis dan U Mobile dilaporkan telah bersetuju untuk melanggan perkhidmatan rangkaian 5G yang disediakan oleh DNB. Biarpun kedua-duanya tidak mendapatkan sebarang pegangan saham dalam DNB.


Persetujuan ini, menjadikan kesemua syarikat telekomunikasi di Malaysia bersedia untuk menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G tidak lama lagi. Dengan tiga daripadanya iaitu Digi, Celcom dan TM dijangka akan mula memperkenalkan perkhidmatan 5G mereka kepada pengguna bermula Oktober 2022.


DNB buat masa ini telahpun membangunkan infrastruktur rangkaian 5G yang mana ia kini telah merangkumi 33% liputan kawasan berpenduduk dan dijangka akan mencapai 80% liputan menjelang tahun 2024.


Kelewatan perlaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang diterajui oleh Digital Nasional Berhad (DNB) adalah disebabkan terdapat beberapa syarikat tidak bersetuju dengan perlaksanaan perkhidmatan tersebut.


Pada ketika ini, hanya YES sahaja syarikat telekomunikasi yang telah menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN