MediaTek Dimensity 1080 diumumkan – Menyokong kamera sehingga 200MP - FUZZ.MY

Tuesday, October 11, 2022

MediaTek Dimensity 1080 diumumkan – Menyokong kamera sehingga 200MP



MediaTek telah mengumumkan cip kelas pertengahan baharu mereka iaitu Dimensity 1080, membawakan peningkatan dari segi prestasi dan juga kecekapan yang lebih baik berbanding Dimensity 920.



Perubahan ketara yang dibawakan oleh Dimensity 1080 adalah pada keupayaan kamera, yang mana ia kini menyokong sensor sebesar 200MP dengan ISP Imagiq. Selain itu, ia juga menyokong rakaman video HDR dengan resolusi 4K.

Cip ini dibangunkan dengan teknologi binaan 6nm. Masih mengekalkan konfigurasi yang sama iaitu dua teras Cortex-78 dengan kelajuan yang dipertingkat pada 2.6GHz, enam teras Cortex-A55 dan digabungkan dengan GPU Arm Mali-G68.


Ciri lain yang turut dibawakan pada cip ini adalah seperti sokongan rangkaian 5G Sub-6Ghz, WiFi 6, APU 3.0, dan juga HyperEngine 3.0. Cip ini dijangka akan mula digunakan pada peranti bermula suku keempat tahun 2022.


(Sumber)