Close

Menjelang 2024, semua jenis peranti elektronik diwajibkan menggunakan USB-C

Jika sebelum ini, arahan penggunaan USB-C dilihat lebih terarah kepada Apple berikutan masih mengekalkan penggunaan port pengecasan Lightning pada siri iPhone 14.


Namun, berdasarkan dari laporan terkini, menjelang 2024, Kesatuan Eropah mewajibkan kesemua peranti elektronik menggunakan sambungan jenis USB-C. Membawa maksud, bukan Apple sahaja diwajibkan menggunakan sambungan jenis USB-C, tetapi semua jenama peranti elektronik.

Kesemua peranti elektronik merujuk kepada peranti seperti telefon pintar, tablet, fon kepala, tetikus,papan kekunci dan sebagainya. Selain itu, komputer riba juga bakal diwajibkan untuk menggunakan sambungan jenis USB-C pada masa akan datang.

Undang-undang baharu ini diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan pembuangan sisa elektronik dan juga untuk mengurangkan pembaziran. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada akesori yang tersuai.

Sebagai tambahan, setiap tahun, jumlah pembuangan sisa elektronik adalah sekitar 11,000 tan dan setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai tiga pengecas untuk mengecas peranti elektronik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN