Close

Montblanc Summit 3 edisi Naruto kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM6,600

Montblanc meraikan ulang tahun ke-20 manga Naruto dengan memperkenalkan Montblanc Summit 3 Smartwatch edisi Naruto. Kolabrasi ini hadir dengan ukiran khas Naruto pada kotak jam dan juga ukiran lambang kampung Konohagakure yang timbul pada tali jam.
Selain itu, pada bingkai jam ini terdapat ukiran senjata yang digunakan oleh Naruto bersama tiga butang fizikal yang terukir dengan simbol puak Uzumaki dan juga aksara kanji abura.
Untuk spesifikasi, Montblanc Summit 3 Smartwatch edisi Naruto dilengkapi dengan cip Snapdragon Wear 4100+ yang dipadankan dengan 1GB RAM dan 8GB storan dalaman. Menggunakan skrin bersaiz 1.28-inci AMOLED bersama muka jam istimewa Naruto.
Seperti jam tangan pintar lain, Summit 3 ini turut hadir dengan fungsi asas penjejakan seperti penjejakan kadar degupan jantung dan sebagainya. Menjalankan sistem operasi Wear OS 3.0 dan menyokong NFC, Bluetooh 5.0 dan juga WiFi.
Montcblanc turut menawarkan beberapa koleksi Naruto pada produk lain seperti pen, beg, tali pinggang, dompet, pemegang kad, kunci fod, buku nota, dan juga botol dakwat. 
Di Malaysia, Montblanc Summit 3 Smartwatch edisi Naruto dijual pada tanda harga RM6,600. Boleh dibeli melalui laman web Montblanc Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN