Close

Nokia X30 5G kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM2099

Nokia kini sedia menawarkan peranti baharu untuk pasaran Malaysia, peranti yang dimaksudkan adalah Nokia X30 5G. Merupakan peranti kelas pertengahan dan hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Nokia X30 5G dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED 90Hz. Nisbah aspek 20:9 dengan resolusi FHD+ 1080×2400. Mempunyai tahap kecerahan puncak sehingga 700 nits dan dilindungi dengan Corning Gorilla Victus.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 4200mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Untuk fotografi, Nokia X30 5G hadir dengan sistem dwi-kamera dengan sensor utama 50MP PureView OIS + 13MP, manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Ia turut hadir dengan pelbagai ciri kamera seperti capture fusion, mod malam 2.0, mod tripod, Potret AI dan sebagainya.

Ciri lain yang turut hadir pada peranti ini adalah seperti sokongan eSIM, NFC, Bluetooth 5.1, penarafan IP67, pengimbas cap jari dibawah skrin dan menjalankan Android 12. Untuk kemas kini, Nokia menjanjikan sokongan selama 3 tahun untuk kemas kini utama dan 3 tahun kemas kini keselamatan.

Di Malaysia, Nokia X30 5G dijual pada tanda harga bermula RM2,099, ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Cloudy Blue. Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka sehingga 31 Oktober 2022 melalui kedai rasmi dalam talian Nokia di Lazada dan Shopee. Setiap pra-tempahan akan mendapat hadiah berupa Comfort Earbuds (TWS-411) dan Clear Case.

ARTIKEL BERKAITAN