Close

Nothing Ear (Stick) kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM469


Nothing kini sedia untuk menawarkan satu lagi peranti TWS melalui Nothing Ear (Stick) untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan rekaan yang berbeza dan juga spesifikasi yang dipertingkat.



Nothing Ear (Stick) tampil dengan rekaan berbentuk silinder atau seperti gincu. Ia juga masih mengekalkan rekaan ikonik Nothing iaitu tampil dengan bekas pengecas jenis lut sinar. Rekaan baharu ini memerlukan pengguna memusing bekas pengecas untuk mengeluarkan putik audio.



Selain bekas pengecasan, putik audio turut hadir dengan rekaan baharu, tidak mempunyai getah silikon dan tampil dengan gabungan warna merah dan putih. Selain itu, putik audio ini juga hadir dengan kawalan sentuh yang lebih baik dan juga boleh ubah mengikut kesesuaian.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan tiga mikrofon, pemacu audio sebesar 12.6mm dan berat hanya 4.4g. Selain itu, ia juga hadir dengan fungsi seperti Bass Lock Technology, mod low lag dan juga fast pair. Untuk ketahanan bateri ia mampu bertahan sehingga 7 jam dan meningkat kepada 29 jam jika digunakan bersama bekas pengecas. 

Bagi yang berminat, Nothing Ear (Stick) kini boleh dibeli di Crossover bermula 28 Oktober 2022 dengan harga RM469. Sementara, untuk jualan atas talian seperti Shopee dan Lazada ia akan bermula pada 4 November 2022.

ARTIKEL BERKAITAN