Close

Nothing Ear (Stick) kini rasmi dengan harga bermula RM469


Nothing kini sedia untuk menawarkan satu lagi peranti TWS melalui Nothing Ear (Stick). Melaluinya, ia hadir dengan rekaan yang berbeza dan juga spesifikasi yang dipertingkat.



Dari segi rekaan, ia seperti yang telah diperlihatkan sebelum ini iaitu tampil dengan rekaan berbentuk silinder atau seperti gincu. Ia juga masih mengekalkan rekaan ikonik Nothing iaitu tampil dengan bekas pengecas jenis lut sinar. Rekaan baharu ini memerlukan pengguna memusing bekas pengecas untuk mengeluarkan putik audio.



Putik audio pada Nothing Ear (Stick) juga diberi rekaan baharu. Tidak mempunyai getah silikon dan tampil dengan gabungan warna merah dan putih menjadikan ia lebih menonjol. Selain itu, putik audio ini juga hadir dengan kawalan sentuh yang lebih baik dan juga boleh ubah mengikut kesesuaian.


Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan tiga mikrofon, pemacu audio sebesar 12.6mm dan berat hanya 4.4g. Untuk ketahanan bateri ia mampu bertahan sehingga 7 jam dan meningkat kepada 29 jam jika digunakan bersama bekas pengecas. 

Di Malaysia, Nothing Ear (Stick) dijual pada tanda harga bermula RM469. Namun begitu, tarikh jualan bagi pasaran Malaysia belum lagi diumumkan. Nothing mungkin akan mengumumkan tarikh jualanya tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN