Close

Nothing menjadualkan acara pelancaran Ear (Stick) pada 26 Oktober ini


Nothing telah menjadualkan acara pelancaran bagi Ear (Stick) pada 26 Oktober ini. Ia merupakan TWS terbaru dari Nothing yang membawakan rekaan yang berbeza dari model sebelumnya.



 Ear (Stick) menggunakan rekaan seperti silinder atau seakan gincu. Yang mana ia dikatakan di inspirasikan dari silhouette kosmetik klasik. Selain itu, ia masih lagi membawakan rekaan ikonik Nothing iaitu diperbuat dari bahan lut sinar.


Fon telinga Ear (Stick) dikatakan akan hadir dengan keupayaan bunyi yang lebih baik dengan membawakan teknologi bunyi yang tersuai. Jangka hayat bateri juga dikatakan lebih baik berbanding model sebelumnya.


Buat masa ini, tiada sebarang spesifkasi yang didedahkan oleh Nothing mengenai Ear (Stick). Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi mengenainya menjelang hari pelancarannya kelak.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN