Close

OnePlus Ace Pro edisi terhad Genshin Impact dilancarkan

OnePlus melancarkan edisi terhad Genshin Impact melalui model OnePlus Ace Pro, yang juga dijenamakan sebagai OnePlus 10T untuk pasaran Global.

Secara spesifikasinya, tiada sebarang perubahan yang dilakukan. Hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci Fluid AMOLED, dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 16GB RAM, 512GB storan dalaman, bateri 4800mAh dan juga pengecasan pantas 150W.
Seperti namanya, edisi terhad ini tampil dengan pelbagai perincian permainan Genshin Impact dari luaran sehinggalah dalaman. Dari segi luaran, ia hadir dengan kotak pembungkusan bertemakan permainan tersebut dan warna peranti juga diubah suai dengan warna coklat gelap bersama grafik karakter Hu Tao.
Sementara, pada bahagian dalaman, ia juga hadir dengan perincian permainan Genshin Impact seperti ikon aplikasi, gambar latar dan tema animasi. Menariknya, ciri Google Assistan boleh diubahsuai dan menggunakan suara karakter tersebut.
Di China, OnePlus Ace Pro edisi terhad Genshin Impact dijual pada harga RM2,813 (CNY4,299) untuk 16GB+512GB. Ia merupakan peranti kedua yang dihasilkan oleh OnePlus dengan tema permainan Genshin Impact.

ARTIKEL BERKAITAN