Close

OnePlus Nord Watch kini rasmi – Skrin AMOLED dengan bateri mampu bertahan sehingga 30 hari

OnePlus di bawah penjenamaan Nord secara rasminya telah melancarkan jam tangan pintar pertama mereka iaitu Nord Watch. Melaluinya, ia hadir dengan penawaran harga yang lebih kompetitif bersama spesifikasi yang terkini.

OnePlus Nord Watch hadir dengan rekaan skrin segi empat tepat bersaiz 1.78-inci dengan kepadatan piksel sehingga 326 PPI. Turut dimuatkan dengan pelbagai ciri penjejakkan kesihatan seperti Sp02, pengesanan kadar degupan jantung, penjejakkan tidur, tahap stress dan kitaran haid.

Selain itu, peranti ini juga menyokong sehingga 105 mod sukan secara terbina dan mampu mengesan aktiviti secara automatik. Ia juga turut mempunyai penarafan kalis air dan debut IP68. Bateri 230mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 30 hari dalam mod standby dan 10 hari untuk penggunaan biasa.


Di India, OnePlus Nord Watch di jual pada tanda harga sekitar RM398 (INR6,999), ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Deep Blue.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN