Oppo Find X6 Pro dilaporkan akan hadir dengan sensor kamera 1-inci - FUZZ.MY

Thursday, October 13, 2022

Oppo Find X6 Pro dilaporkan akan hadir dengan sensor kamera 1-inci


Laporan mengenai sensor kamera 1-inci pada peranti premium Oppo iaitu Find X6 Pro telahpun kedengaran sebelum ini.



 Terkini, Ice Universe turut melaporkan maklumat yang sama, menurut beliau Oppo Find X6 Pro dijangka akan hadir dengan sensor Sony IMX989 1-inci.

 

Selain hadir dengan sensor 1-inci, Oppo Find X6 Pro dilaporkan akan hadir dengan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP utama + 50MP ultra lebar +50MP telefoto. Manakala untuk Oppo Find X6, ia hadir dengan sistem kamera yang sama tetapi menggunakan sensor 32MP pada telefoto.


Sehubungan dengan itu, Oppo Find X6 Pro bakal menjadi peranti yang seterusnya hadir dengan sensor kamera sebesar 1-inci selepas Xiaomi 12S Ultra.


Pada ketika ini tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai siri Oppo Find X6. Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.


(Sumber)