Close

Oxygen OS 13 versi Beta kini tersedia untuk pengguna OnePlus 10T

Selepas OnePlus 9R dan OnePlus 9RT menerima kemaskini Oxygen OS 13 versi open beta, kini giliran OnePlus 10T pula menerima kemaskini Oxygen OS 13 versi open beta, ia juga merupakan versi percubaan pertama pada OnePlus 10T.

Oxygen OS 13, membawakan perubahan reka bentuk baharu yang dipanggil sebagai Aquamorphic. Melaluinya, ia menawarkan lebih banyak pilihan yang boleh diubahsuai oleh pengguna seperti always-on-display yang boleh diintergrasikan dengan Spotify, ikon yang lebih dinamik, widget baharu dan lain-lain.

Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai ciri baharu, penambahbaikkan dari segi sambungan internet dan Bluetooth, pengoptimuman dari segi prestasi dan juga ciri keselamatan yang dipertingkat.

Walaubagaimanapun, kemaskini Oxygen OS 13 versi open beta untuk OnePlus 10T hanya tersedia untuk pengguna di India buat masa ini. OnePlus dijangka akan mula melepaskan kemaskini ini secara berperingkat tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN