Close

Pelan langganan beriklan Netflix bakal tersedia di 12 Negara bermula November ini

Netflix kini mengumumkan pelan baharu iaitu pelan langganan dengan sokongan iklan (Basic with Ads). Pelan ini ditawarkan dengan harga yang lebih rendah dari pelan asas.

Pelan langganan beriklan ini akan tersedia di 12 buah negara iaitu Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Mexico, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Yang mana ia boleh mula dilanggan bermula November ini.

Melalui pelan ini, iklan sepanjang 15 – 30 saat akan dimainkan dengan purata 4 – 5 minit dalam setiap satu jam kandungan. Iklan akan ditayang sebelum atau semasa filem atau rancangan ditonton.

Pelan ini hanya menyokong kualiti video pada resolusi 720p/HD dan tidak menyokong muat turun kandungan. Untuk harga langganan, ia bergantung kepada setiap negara. Pelan ini dijangka akan diperluaskan di lebih banyak negara tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN