Peranti realme dengan cip Dimensity 1080 dijangka akan dilancarkan pada tahun ini - FUZZ.MY

Thursday, October 13, 2022

Peranti realme dengan cip Dimensity 1080 dijangka akan dilancarkan pada tahun ini


MediaTek telahpun melancarkan cip kelas pertengahan baharu mereka iaitu Dimensity 1080, membawakan peningkatan dari segi prestasi, kamera dan juga kecekapan yang lebih baik berbanding Dimensity 920.



Sehubungan dengan pelancaran itu,
realme telah memberikan gambaran awal yang syarikat tersebut telah bersedia untuk melancarkan peranti dengan cip Dimensity 1080.


Biarpun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai model peranti dan juga tarikh pelancarannya. Tetapi, apa yang dapat dipastikan peranti tersebut akan dilancarkan pada tahun ini.


Selain realme, terdapat juga laporan mengatakan Xiaomi melalui penjenamaan Redmi akan turut melancarkan peranti dengan cip Dimensity 1080.



Cip Dimensity 1080 dibangunkan dengan teknologi binaan 6nm, menggunakan konfigurasi dua teras Cortex-78 pada 2.6GHz, enam teras Cortex-A55 dan digabungkan dengan GPU Arm Mali-G68. Menyokong sensor sebesar 200MP dengan ISP Imagiq dan mampu merakam video HDR pada resolusi 4K.


(Sumber)