Close

Perkhidmatan Touch ‘n Go eWallet akan diselenggara pada 15 Oktober ini

Touch ‘n Go melalui pusat bantuannya telah memaklumkan yang syarikat tersebut telah menjadualkan penyelenggaraan naik-taraf sistem eDompet pada 15 Oktober 2022, dari 2 pagi hingga 6 pagi.

Sepanjang tempoh naik taraf tersebut, beberapa servis dalam aplikasi Touch n Go eDompet tidak akan boleh diakses antaranya adalah seperti fungsi tambah nilai, bayaran dan juga merchant dashboard (untuk rakan niaga).

Walaubagaimanapun, masih terdapat servis yang boleh diakses seperti PayDirect dan RFID, namun pengguna diingatkan untuk memastikan baki mencukupi untuk menggunakan servis tersebut.

Untuk mengelakkan sebarang masalah, pengguna dinasihatkan untuk melakukan tambah nilai eDompet lebih awal sebelum tarikh penyelenggaraan. Dalam masa yang sama, Touch ‘n Go turut memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN