Close

Redmagic 7S Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM3,999

Redmagic Malaysia kini sedia menawarkan Redmagic 7S Pro untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan spesifikasi yang terkini dan reka bentuk yang lebih baik.

Redmagic 7S Pro dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.8-inci 10-bit AMOLED dengan resolusi 1080 x 2400px. Ia juga menyokong paparan sehingga 120Hz dan kadar sentuhan pada 960Hz.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 18GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 65W.



Untuk fotografi, Redmagic 7S Pro hadir dengan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Sementara untuk swafoto, ia hadir dengan kamera di bawah skrin dengan sensor 16MP.



Ciri lain yang turut hadir adalah seperti REDMAGIC ICE 10.0 Multi-dimensional Cooling System dengan lampu RGBbicu audio 3.5mm, dua butang trigger fizikal pada kadar 520Hz dan lain-lain. Menjalankan sistem operasi Redmagic 5.5 berasaskan Android 12 dan menyokong REDMAGIC Studio untuk sambungan ke peranti seperti TV atau monitor.



Di Malaysia, Redmagic 7S Pro ditawarkan dengan harga bermula RM3,999 untuk 12GB+256GB dan RM4,999 untuk 18GB+512GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Obsidian, Mercury dan Supernova.

Bagi yang berminat, Redmagic 7S Pro akan mula dijual pada 29 Oktober ini, pembeli terawal akan menerima menawarkan hadiah bernilai RM489 berupa gelang tangan pintar hyeplus 1s Band dan jaminan tambahan untuk satu tahun.

ARTIKEL BERKAITAN