Close

Redmagic Malaysia menjadualkan acara pelancaran siri Redmagic 7S pada 18 Oktober ini

Redmagic Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baharu mereka iaitu Redmagic 7S dan 7S Pro yang berlangsung pada 18 Oktober ini. Yang mana perantin ini telahpun dilancarkan secara global pada Julai yang lalu.

Redmagic 7S dan 7S Pro dikuasakan dengan cip yang sama iaitu Snapdragon 8+ Gen 1. Hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci 10-bit  AMOLED dengan resolusi 1080 x 2400px. Redmagic 7S menyokong paparan 165Hz dengan touch sampling rate pada 720Hz, sementara Redmagic 7S Pro pula adalah 120Hz dengan touch sampling rate pada 720Hz.

Dari segi konfigurasi memori, Redmagic 7S hadir dengan pilihan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4500mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 120W. Manakala, untuk Redmagic 7S Pro pula hadir dengan RAM sehingga 18GB, storan dalaman sehingga 1TB, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 135W.

Untuk fotografi, kedua-duanya hadir dengan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, kedua-duanya hadir dengan kamera di bawah skrin dengan 16MP pada Redmagic 7S Pro dan 8MP pada Redmagic 7S.

Kedua-duanya hadir dengan kipas penyejuk terbina bersama sistem penyejuk baharu yang dipanggil sebagai “shark fin” dengan 9 lapisan pada Redmagic 7S dan 10 lapisan pada Redmagic 7S Pro. Ciri lain yang turut hadir adalah seperti bicu audio 3.5mm, dua butang trigger fizikal, lampu RGB dan menjalankan sistem operasi Redmagic 5.5 berasaskan Android 12.

Dengan acara pelancaran yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi oleh Redmagic Malaysia menjelang hari pelancarannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN