Close

Redmi Pad kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM899

Tablet pertama di bawah penjenamaan Redmi iaitu Redmi Pad kini sedia ditawarkan untuk pasaran tempatan. Hadir dengan spesifikasi terkini tetapi ditawarkan dengan harga mampu milik.

Redmi Pad dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.61-inci dengan resolusi 2000×1200. Skrin ini turut menyokong paparan 90Hz dengan tahap kecerahan 400 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek G99 yang dipadankan dengan RAM sehingga 6G dan storan dalam sehingga 128GB.
Dimuatkan dengan bateri sebesar 8000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 18W. Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera tunggal 8MP untuk kamera utama dan swafoto.
Ciri lain yang turut dibawa adalah seperti Dual-band Wi-Fi 5, sokongan Micro SD, Bluetooth 5.3, empat pembesar suara dolby atmos dan lain-lain.
Di Malaysia, Redmi Pad dijual pada tanda harga RM899 untuk 3GB+64GB, RM999 untuk 4GB+128GB dan RM1,099 untuk 6GB+128GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Graphite Gray, Moon Light Silver dan Mint Green.
Bagi yang berminat, ia kini boleh mula dibeli di semua pengedar rasmi Xioami atau boleh mendapatkannya di kedai atas talian rasmi Xiaomi.

ARTIKEL BERKAITAN