Close

Rekaan iPhone SE 4 dilaporkan sama seperti iPhone XR

Sumber : Jon Prosser X Zelbo

Seperti kebiasaan, Apple akan melancarkan iPhone SE generasi baharu iaitu iPhone SE 4 bagi menggantikan model sedia ada.


Sumber : Jon Prosser X Zelbo

Terkini, menurut Jon Prosser, iPhone SE 4 dijangka hadir dengan menggunakan rekaan iPhone XR. Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci jenis bertakuk. Walaupun menggunakan skrin jenis bertakuk, ia dikatakan tidak akan hadir dengan fungsi Face ID sebaliknya akan menggunakan fungsi Touch ID.


Sumber : Jon Prosser X Zelbo

Dari segi penawaran warna, iPhone SE 4 mungkin hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Midnight, Starlight dan juga Product RED.


Biarpun buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasinya. Namun, kami menjangkakan akan ada peningkatan umum berbanding model sebelumnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN