Close

Rekaan penuh Nothing Ear (Stick) diperlihatkan


Nothing telah menjadualkan acara pelancaran Ear (Stick) pada 26 Oktober ini. Ia merupakan TWS terbaru dari Nothing yang membawakan rekaan yang berbeza dari model sebelumnya.


Terkini, perkongsian Nothing melalui media sosial mereka, telah memperlihatkan dengan jelas rekaan yang akan dibawakan oleh Ear (Stick). Menggunakan rekaan seperti silinder atau seakan gincu. Selain itu, ia masih lagi membawakan rekaan ikonik Nothing iaitu rekaan lut sinar yang dapat melihat komponen dalaman dari luar.


Selain itu, rekaan baharu Ear (Stick) dilihat tidak mempunyai getah silikon dan dikatakan lebih selesa dengan ketiadaanya. Ia juga dikatakan lebih ringan dengan berat hanya 4.4g. Menjadi persoalan adalah mengenai fungsi ANC, adakah ia tersedia pada Ear (Stick) ataupun tidak berikutan tiada sebarang maklumat mengenainya.


Dengan acara pelancaran yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat mengenainya akan dikongsi.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN