Close

Rekaan penuh Noting Ear (2) tertiris

Sumber : 91Mobiles

Nothing telahpun melancarkan TWS pertama mereka iaitu Nothing Ear (1) pada tahun lalu. Dengan usia Ear (1) yang sudah melebihi satu tahun, Nothing dijangka akan membawakan generasi yang seterusnya iaitu Nothing Ear (2).



Sumber : 91 Mobiles
Terkini, melalui imej yang dikongsi oleh 91 Mobiles didakwa sebagai Nothing Ear (2), telah memperlihatkan rekaan penuh bagi Nothing Ear (2).
Melalui imej tersebut, Nothing Ear (2) dilihat tampil dengan rekaan yang lebih minimal berbanding Ear (1) dan masih lagi mengekalkan rekaan ikonik lut sinar pada bekas pengecas.


Sumber : 91Mobiles
Selain rekaan minimal pada bekas pengecas, pada putik audio Ear (2) juga turut tampil dengan sentuhan yang sama, yang mana pada batang putik audio hanya tertulis “ear (2)” dan tiada lagi penjenamaan Nothing.
Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan juga fungsi yang akan dibawa oleh Nothing Ear (2). Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan mengenai Nothing Ear (2).
Sebagai tambahan, Nothing telah menjadualkan acara pelancaran bagi Ear (Stick) pada 26 Oktober ini. Ia merupakan TWS terbaru dari Nothing yang membawakan rekaan dan kelas yang berbeza dari model Ear (1).

ARTIKEL BERKAITAN