Close

Samsung Galaxy A04 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM479

Samsung Galaxy A04 kini sedia untuk ditawarkan untuk pasaran tempatan selepas diperkenalkan pada Ogos lalu. Melaluinya ia hadir dengan dua pilihan storan dan dijana cip MediaTek Helio P35.

Samsung Galaxy A04 dilengkapi dengan skrin bertakuk Infinity-V bersaiz 6.5-inci LCD PLS HD+ bersama paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio P35, RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Untuk fotografi, ia hadir dengan sistem dwi kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP. kamera swafoto 5MP dan dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh.

Ciri lain yang turut hadir pada peranti ini adalah seperti menyokong kad microSD sehingga 1TB, port pengecasan USB-C, Bicu Audio 3.5mm, Bluetooth 5.0 dan menjalankan OneUI Core 4.1 berasaskan Android 12.

Bagi yang berminat, Samsung Galayx A04 ditawarkan dalam dua pilhan varian iaitu 3GB+32GB untuk RM479 dan 4GB+64GB untuk RM599. Tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Tembaga, Hijau dan juga Hitam.

ARTIKEL BERKAITAN