Close

Samsung Galaxy XCover6 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM2,399

Samsung kini sedia menawarkan telefon pintar tahan lasak baharu untuk pasaran tempatan, telefon yang dimaksudkan adalah Samsung Galaxy XCover6 Pro.

Samsung Galaxy XCover6 Pro ini hadir dengan skrin bersaiz 6.6-inci TFT FHD, paparan 120Hz dan pelindung kaca Gorilla Glass Victus+. Dikuasakan dengan Snapdragon 778G yang digabungkan dengan 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB yang turut menyokong mikro SD sehingga 1TB.

Dimuatkan dengan bateri 4050mAh yang boleh ditanggalkan dan menggunakan  port pengecasan jenis POGO. Melengkapkan peranti ini, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP sudut lebar + 8MP ultra sudut lebar, dan untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP.

Sebagai telefon pintar tahan lasak, peranti ini turut dilengkapi dengan ketahanan kalis air dan debu IP68 dan tahan hentakan MIL-STD-810H. Menjalankan sistem operasi One UI berasaskan Android 12 dan menyokong kemas kini sehingga empat tahun untuk kemas kini Android utama dan lima tahun kemas kini keselamatan.

Ciri lain yang turut hadir adalah seperti sokongan Samsung DeX, pembesar suara jenis stereo dari Dolby Atmos, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan sebagainya.

Di Malaysia, Samsung Galaxy XCover6 Pro ditawarkan dalam satu pilihan sahaja iaitu 6GB+128GB dengan harga RM2,399. 

ARTIKEL BERKAITAN