Close

Samsung umum memori LPDDR5X dengan kelajuan sehingga 8.5 Gbps

Samsung mengumumkan memori RAM baharu iaitu LPDDR5X yang merupakan memori terpantas yang ada di pasaran ketika ini.


Memori RAM LPDDR5X ini mampu mencapai kelajuan sehingga 8.5 Gbps, melepasi kelajuan 7.5 Gbps yang pernah dicatatkan oleh Samsung semasa di peringkat ujian pada Mac lalu. Memori LPDDR5X bukan sahaja mempunyai prestasi yang tinggi tetapi juga menggurangkan penggunaan kuasa.

Dengan penggunaan kuasa yang rendah, memori LPDDR5X ini jugak dikatakan sesuai untuk digunakan pada kereta, komputer, server dan sebagainya.

Samsung siri Galaxy S23 dijangka akan hadir dengan memori RAM LPDDR5X, selepas berjaya melepasi piawaian untuk digunakan bersama dengan cip Qualcomm.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN