Bukan itu sahaja, Apple turut dijangka akan menggunakan sambungan jenis USB-C pada aksesori mereka. Menurut Mark Gurman, Apple mungkin akan beralih kepada sambungan jenis USB-C pada semua aksesori Mac dan Airpods menjelang tahun 2024.
Maklumat ini dilihat selari dengan undang-undang baharu kesatuan Eropah yang mewajibkan kesemua peralatan elektrik beralih kepada sambungan jenis USB-C.
Walaubagaimanapun, Sambungan jenis USB-C yang digunakan pada produk Apple dikhabarkan hanyalah sementara sebelum Apple beralih ke sambungan tanpa wayar sepenuhnya.