Close

Set Kepala Realiti Maya Pico 4 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1,699

Pico 4 kini sedia ditawarkan untuk pasaran tempatan melalui acara pelancaran yang berlangsung hari ini. Buat yang masih tidak mengetahui, Pico 4 adalah sebuah set realiti maya serba lengkap.

Untuk spesifikasi, Pico 4 dikuasakan dengan cip Snapdragon XR2 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 5300mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 20W. Berat Pico 4 hanyalah 295g, cukup ringan untuk sebuah set kepala realiti maya.

Selain itu, Pico 4 turut dilengkapi dengan paparan 4K+ bersama paparan 90Hz. Menggunakan lensa optik Pancake untuk mengurangkan jarak antara kanta dan paparan sekaligus dapat menggurangkan saiz set kepala pada Pico 4. Untuk kawalan, ia mempunyai 6 sensor DoF atau dipanggil sebagai HyperSense, mempunyai dua mikrofon dan pembesar suara terbina.

Bagi yang berminat, Pico 4 ditawarkan dalam dua pilihan iaitu 8GB+128GB dan 8GB+256GB, dengan harga jualan RM1,699 dan RM1,999. Sempena pelancarannya, Pico 4 akan dijual pada harga promosi iaitu RM1,599 dan RM1,899 pada 14 hingga 16 Oktober melalui kedai rasmi atas talian Lazada dan Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN