Close

Shopee bakal tamatkan ciri Withdrawal bermula 14 Oktober ini



Shopee melalui Pusat Bantuan Shopee Malaysia, memaklumkan yang mereka bakal menamatkan ciri pengeluaran (Withdrawal) dari aplikasinya bermula 14 Oktober 2022.

Sebagai maklumat ciri Withdrawal membolehkan pengguna untuk menggeluarkan duit dari dompet digital ShopeePay terus ke akaun bank.

Sebab utama mengapa Shopee menamatkan ciri ini adalah, kerana kebimbangan mengenai isu keselamatan seperti pemindahan wang ke akaun yang tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun, terdapat alternatif lain yang boleh digunakan untuk melakukan pemindahan wang daripada ShopeePay ke akaun bank iaitu melalui DuitNow.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN