Close

Siri Google Pixel 7 kini rasmi dengan harga mencecah RM5,095

Selepas pelbagai maklumat mengenai siri Google Pixel 7 tertiris. Google hari ini secara rasmi telah melancarkan siri Google Pixel 7. Melaluinya ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari spesifikasi dan juga kemampuan kamera yang lebih baik. 

Google Pixel 7 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.3-inci OLED FHD+ dengan paparan 90Hz. Dijana cip Google Tensor G2 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalam sehingga 256GB. Bateri 4335mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 30W.

Untuk kemampuan kamera, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP sudut lebar + 12MP ultra sudut lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 10.8MP. Ciri kamera yang dibawakan adalah zum digital sehingga 8X, Real Tone dan Movie Motion Blur.

Manakala untuk Google Pixel 7 Pro pula, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci OLED LTPO QHD+ dengan paparan 120Hz. Dijana cip Google Tensor G2 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalam sehingga 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 30W.

Dari segi kamera, Google Pixel 7 Pro hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP sudut lebar + 12MP ultra sudut lebar + 48MP telefoto. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 10.8MP. Ciri kamera yang dibawakan adalah zum optikal sehingga 5X dan zum digital sehigga 30X. Turut menyokong ciri Macro Focus, Real Tone dan juga Movie Motion Blur.

Ciri lain yang turut dibawakan pada siri Google Pixel 7 adalah seperti penarafan IP68, cip Titan M2, pengimbas cap jari dan wajah, pembesar suara jenis stereo, Google VPN, dan lain. Selain itu, ia hadir dengan Android 13 yang turut menyokong kemas kini keselamatan sehingga lima tahun.

Untuk harga jualan, Google Pixel 7 dijual pada tanda harga bermula RM2,777 ($599) untuk 128GB dan RM3,240 ($699) untuk 256GB. Sementara Google Pixel 7 Pro pula dijual pada tanda harga bermula RM4,168 ($899) untuk 128GB, RM4,631 ($899) untuk 256GB dan RM5,095 ($1,099).

ARTIKEL BERKAITAN