Close

Siri Redmi Note 12 kini rasmi – Cip Dimensity 1080, kamera 200MP dan pengecasan pantas 210W

Siri Redmi Note 12 telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran China. Tampil dengan empat pilihan varian iaitu Redmi Note 12 5G, Redmi Note 12 Pro, Redmi Note 12 Pro+ dan Redmi Note 12 Discovery Edition. Kesemua model hadir dengan sejumlah peningkatan dan reka bentuk yang lebih baik.

Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+

Kedua-dua model ini berkongsi spesifikasi yang hampir sama, dilengkapi dengan skrin bersaiz 6,.67-inci OLED FHD+ bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 1080 yang dipadankan dnegan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Kedua-dua model ini di bezakan dari segi kemampuan kamera dan juga jenis pengecasan pantas. Yang mana, pada Redmi Note 12 Pro+ ia hadir dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama 200MP ISOCELL HPX + 8MP ultralebar + 2MP makro, dan 16MP untuk swafoto. Sementara pada Redmi Note 12 Pro pula hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX766 dan berkongsi tetapan kamera lain yang sama. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 120W pada Pro+ dan 67W pada Pro.

Untuk harga jualan, model asas Redmi Note 12 Pro dijual pada harga bermula RM1,107 (¥1,699) untuk 6GB+128GB. manakala Redmi Note 12 Pro+ bermula pada harga RM1,433 (¥2,199) untuk 8GB+128GB.

Redmi Note 12 Discovery Edition


Sumber : DigtalChatStation

Model ini merupakan model paling premium dalam barisan Redmi Note 12. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6,.67-inci OLED FHD+ bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 1080 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Sumber : DigtalChatStation

Untuk fotografi, ia hadir dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama 200MP ISOCELL HPX + 8MP ultralebar + 2MP makro, manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Dimuatkan dengan bateri 4300mAh bersama dengan teknologi pengecasan paling pantas di pasaran ketika ini iaitu 210W. Xiaomi mendakwa, ia hanya memerlukan 9 minit untuk mengecas dari 0% ke 100%.

Untuk harga jualan, Redmi Note 12 Discovery Edition dijual pada tanda harga bermula RM1,564 (¥2,399) untuk 8GB+256GB.

Redmi Note 12 5G

Model terakhir pada siri Redmi Note 12 ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci OLED bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Membawakan tetapan sistem dwi-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 2MP potret, manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 33W.

Untuk Harga jualan, model asas Redmi Note 12 5G ini dijual pada tanda harga bermula RM781 (¥1,199) untuk 4GB+128GB.

ARTIKEL BERKAITAN