Close

Siri Xiaomi 12T kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1,999

Xiaomi kini sedia menawarkan siri “T” baharu untuk pasaran tempatan dengan memperkenalkan Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi bersama reka bentuk yang lebih baik.


Kedua-dua peranti dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci CrystalRes AMOLED DotDisplay dengan resolusi 1220 x 2712. Turut menyokong paparan 120Hz dengan AdaptiveSync untuk paparan sehingga 30Hz. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 120W HyperCharge.


Xiaomi 12T Pro dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Dilengkapkan dengan kamera utama 200MP (OIS) Samsung ISOCELL HP1.




Sementara pada Xiaomi 12T pula, ia dikuasakan dengan cip Dimensity 8100 Ultra yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Dilengkapkan dengan kamera utama sebesar 108MP Samsung ISOCELL HM6, dan berkongsi spesifikasi kamera lain iaitu 8MP ultra sudut lebar + 2MP makro. Sementara, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 20MP.


Ciri lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo, Bluetooh 5.2, Wi-Fi 6, dan sebagainya.


Di Malaysia, Xiaomi 12T Pro dijual pada tanda harga RM2,699 untuk 8GB+256GB dan RM2,999 untuk 12GB+256GB. Sementara Xiaomi 12T pula dijual pada tanda harga RM1,999 untuk 8GB+256GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Blue, Silver dan Black.


Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula 4 Oktober sehingga 12 Oktober melalui kedai rasmi atas talian Xiaomi di Lazada dan Shopee. Setiap pembelian melalui pra-tempahan akan menerima 1 tahun jaminan tambahan, penggantian skrin percuma, Mi Watch dan Redmi Buds 3 Pro.

Buat pengguna yang membeli di kedai fizikal Xiaomi, hadiah percuma Xiaomi Smart Band 7 Pro yang bernilai RM299 dan Redmi Buds 3 Pro RM239 akan diberikan untuk pembelian Xiaomi 12T Pro dan Redmi Buds 3 Pro untuk pembelian Xiaomi 12T.

ARTIKEL BERKAITAN