Close

Sokongan 5G kini tersedia di Negeri Sembilan dan Melaka

Perlaksanaan sokongan 5G yang di terajui oleh Digital Nasional Berhad (DNB) kini telah meliputi dua lagi buah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Walaubagaimanapun, buat masa ini sokongan 5G di kedua-dua buah negeri tersebut hanya tersedia di beberapa kawasan sahaja, di Negeri Sembilan sokongan 5G dilihat lebih terarah kepada kawasan tumpuan iaitu Seremban dan Senawang. Manakala, Melaka pula ia hanya tersedia di kawasan Telok Mas, Ayer Molek dan Batu Berendam.

Dengan penambahan dua lagi buah negeri yang menerima sokongan 5G, ia dilihat seiring dengan  perlaksanaan DNB yang menyasarkan lebih banyak kawasan akan menerima sokongan 5G menjelang penhujung  tahun 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN