Close

Sony A7R V kini boleh di pra-tempah di Malaysia

Sony sedia untuk menawarkan barisan kamera baharu mereka untuk pasaran tempatan melalui model Sony A7R V. Ia adalah model ke-lima dan merupakan model kemas kini Sony A7R IV yang telah dilancarkan pada tiga tahun lalu.

Sony A7R V tampil dengan sensor bingkai penuh 61-MP Exmor R CMOS yang digabungkan dengan cip pemprosesan Bionz X. Kamera ini juga turut menawarkan keupayaan rakaman sehingga 8K dengan sistem Eye-AF kecerdasan buatan yang menfokuskan kepada manusia dan haiwan.

Kamera ini turut menyokong pelbagai ciri lain seperti 5 paksi IBIS, XAVC S-I/HS dan juga mod S/Q. Untuk kawalan fizikal, ia mempunyai skrin sentuh bersaiz 3.2-inci LCD dengen engsel yang boleh di flip-out dan juga flip up. Untuk sambungan, ia menyokong USB jenis C yang mampu menghantar data pada 10GB/s dan sokongan Wi-Fi 5 dengan 2×2 MIMO.

Bagi yang berminat, Sony A7R V dijual pada tanda harga bermula RM18,099. Ia kini boleh di pra-tempah bermula hari ini sehingga 4 Disember 2022. Setiap pembelian akan menerima hadiah bernilai RM961 yang berupa pek bater dan kad SD. Selain itu, rebat segera bernilai RM200 turut tersedia untuk pembelian bersama lensa G-master.

ARTIKEL BERKAITAN