Close

Sony Xperia 5 IV kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM4899

Sony kini sedia menawarkan Sony Xperia 5 IV untuk pasaran tempatan. Melaluinya ia hadir dengan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan kemampuan kamera yang lebih baik. Dari segi reka bentuk, ia masih lagi membawakan rekaan yang kompak.



Dari segi fizikal, Xperia 5 IV membawakan skrin bersaiz 6.1-inci OLED FHD+, paparan 120Hz dengan aspek ratio 21:9. Peranti ini juga dikatakan 50% lebih terang berbanding model sebelum ini.


Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri sebesar 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 30W dan juga pengecasan tanpa wayar.



Sony sentiasa menawarkan pengalaman fotografi yang terbaik pada peranti mereka. Melaluinya, Sony membawakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 12MP  f/1.7, 24mm + 12MP ultra lebar f/2.2, 16mm + 12MP telefoto f/2.4, 60mm. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 12MP. Kamera peranti ini turut diintegrasikan dengan beberapa ciri kamera daripada kamera siri alpha.


Ciri lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IP68, pelindung gorilla glass victus, bicu audio 3.5mm dan lain-lain.


Bagi yang berminat, Sony Xperia 5 IV kini boleh di pra-tempah dengan harga jualan RM4,899. Setiap pembelian akan menerima TWS LinkBuds S yang bernilai RM929 dan kad Touch n Go bernilai RM50. Namun begitu, tawaran ini tertakluk kepada konsep sementara stok masih ada.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN