Sony ZV-1F akan ditawarkan di Malaysia dengan harga RM2,599 - FUZZ.MY

Saturday, October 15, 2022

Sony ZV-1F akan ditawarkan di Malaysia dengan harga RM2,599


Sony sedia menawarkan kemas kini siri ZV denga melancarkan Sony ZV-1F.
Yang mana siri ZV ini memfokuskan kepada pencipta kandungan atau vlogger.



Dari segi reka bentuk, Sony ZV-1F tidak membawakan perubahan yang ketara. Masih lagi dengan saiz yang sama, lensa yang tak boleh di tukar dan menggunakan skrin sentuh jenis LCD. Dilengkapi dengan sensor 20.1MP 1-inci Exmor RS yang digabungkan dengan lensa 20mm f/2.0 yang memberikan sudut pandang yang lebih luas.


Kamera ini mampu merakam video pada resolusi 4K 30FPS dalam format 8-bit 4:2:0. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tiga mikrofon secara terbina untuk rakaman audio yang lebih baik dan mempunyai mikrofon tambahan melalui bicu audio 3.5mm.



Kamera ini menggunakan port USB-C yang menggantikan port microUSB untuk pengecasan dan pemindahan data. Selain itu, terdapat mikro HDMI untuk sokongan output ke monitor.


Bagi yang berminat, Sony ZV-1F dijual pada tanda harga bermula RM2,599, akan mula dijual di Malaysia pada Oktober 2022 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih.