Close

SPR umum tarikh mengundi pada 19 November ini


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah mengumumkan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU 15).


Sumber : Awani

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh telah menetapkan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke- 15 akan diadakan pada Sabtu, 19 November 2022. Sementara penamaan Calon akan dibuat pada 5 November 2022 dan Pengundian Awal pula pada Selesa, 15 November.


Berikutan Pembubaran Parlimen ke- 14 yang dibuat pada 10 Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Memberi laluan kepada perlaksanaan PRU-15 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari sebelumnya. 


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN